Assalammualaikum,
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, dengan izinNya isteri telah selamat melahirkan anak kami pada 7 April 2009 bersaaman dengan 11 Rabiul Akhir 1430 iaitu pada hari selasa di Hospital Putrajaya. Dengan berat 2.47kg, anak kami Mawar Cinta Aneesa dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat. Walaupun menghadapi detik-detik yang amat mencemaskan ku. Bagaimana aku menghadapi detik-detik itu akan ku ceritakan pada entri yang akan datang bila masa terluang (tengah jaga Mawar). Sampai jumpa lagi. Salam.
6hb April 2009
Ya, tarikh itulah yang dikatakan oleh Dr. Syuhada 8 bulan yang lalu sewaktu ku dan isteri mengunjungi kliniknya untuk pemeriksaan bagi mengesahkan bahawa isteriku mengandungkan anak pertama kami, bahawa tarikh itulah juga dijangka kelahiran cahaya mata kami berdua. Detik yang dinantikan hampir tiba kini. Isteriku, ku ingin kau kuat.. ku ingin kau tabah..dalam mengharunginya agar terpatri cinta suci kita dengan kelahirannya. Hadapilah dengan penuh ketabahan, diriku akan senantiasa disampingmu.
Semoga, semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa ada komplikasi, sama-samalah kita berdoa sebanyak mungkin. I heard it's a very painful experience for you to take it, but bearable. Be strong, I know you can do it.
Esok 5hb April 2009 di mana aku perlu membawa isteriku ke Hospital Putrajaya. Dan pada keesokan harinya induce akan diberikan kepadanya. Ya'Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat. Hindarkanlah kami daripada seksaan api neraka. Ya'Allah Ya Tuhan kami permudahkanlah isteriku Ruwaida binti Samsudin untuk melahirkan anak kami. Ya'Allah, Ya Tuhan kami, Hanya kepada Mu kami meminta dan berserah. Amin...

Kini diriku berada di dalam debaran menantikan kelahiran nya. Petang ini selepas pulang dari pejabat aku harus ke klinik membawa kedua insan tercinta untuk pemeriksaan mingguan. Walaupun selalu juga ku membuat pemeriksaan degupan jantung nya dalam kandungan isteriku menggunakan telingaku yang ditekapkan ke perutnya, tetapi itu tak memadai bagiku.. Setiap kali mendengar jantungnya berdegup hatiku begitu lega. Walaupun dirinya masih dalam kandungan lagi, perasaan rindu itu telah wujud dalam diri. tak dpt ku ungkapkan mengapa perasaan rindu ini mencengkam diri setiap kali aku mengingati dirinya. Ada juga ku khabarkan pada isteriku sesampainya ku di rumah. Mungkinkah rindu pada degupan jantungnya atau barangkali rindukan gerakannya. Tak dapat ku terangkan kenapa perasaan rindu pada anak ini sudah wujud.
Mmmm.. bagaimanakah nanti sewaktu isteri ku berpantang? Apabila telah selamat anak ini dilahirkan, kami akan terus saja pulang ke kampung halaman isteri di Pengkalan Hulu, Perak di mana isteri ku akan berpantang di sana. Arrghh..mesti rindu semakin mencengkam jiwa nurani ini. Sekarang, aku rindukan anak yang berada di dalam kandungannya. Kelak, aku akan lebih merinduinya. Sebelum ini hanya mendengar degupan jantungnya, kini anakanda sudah pandai menangis..apalagi kalau dapat melihatnya tersenyum. Aku memendamkan azam, insyaAllah..jika ada rezeki ku ingin saja setiap minggu pulang ke kampung. Kata org bayi cepat membesar. Jadi aku tak akan biarkan peluang melihat pembesarannya dari hari pertama.
Sayang.. ku harap dapatlah kiranya merakamkan gambarnya sentiasa. 365 hari bersamaan dengan 365 keping gambar anakanda kesayanganku. Telahku nekad untuk mengabadikan setiap raut wajahnya selama setahun ini di dalam sebuah album bernama "365 hari bersamamu". Anakandaku, hadirnya dirimu memberikan ruang bahagia dalam perjalanan hidupku.
Assalammualaikum pembuka bicara..
Alhamdulillah, akhirnya saya mempunyai personal blog saya sendiri. Rumit juga untuk hostingkan blog sendiri ni ye. Bermula dengan membuat pilihan blogging software hinggalah kepada pemilihan konsep untuk merekabentuk paparan antaramuka blog saya ini.
Pada mulanya saya ingin menggunakan nucleus software, tetapi agak muram pulak aturcara yang digunakan dari option yang disediakan hinggalah kepada ruangan admin yang agak lesu. Lantas terus aje saya uninstall software tu daripada hosting. Ada rakan sepejabat cadangkan untuk menggunakan wordpress. Argh! rupanya dia tak tahu yang saya sebenarnya amat tidak sukakan wordpress. Kenapa? lain kali je la ye saya terangkan kenapa. Mungkin di posting yang akan datang ke kan
.

Saya memilih menggunakan b2evolution software. agak sedap kan nama software ni hehe.. Mungkin sedap di kedengaran semua tapi tidak untuk kepala otak ku ni. Saya sebenarnya agak kagum dengan software ni kerana mempunyai features yang amat menarik serta mengikuti perkembangan daripada segi aturcara. Macam terer je kan saya ni, sebenarnye isteri saya adalah penyelamat dikala saya menemui jalan buntu bila tak dapat menyudahkan aturcara atau tidak dapat menemui option yang dicari. Terima kasih la ye sayang.. Muahs!.. Saya ni memang ada salah satu tabiat buruk di mana saya memang tak suka tercari-cari. Jadi kalau bab-bab mencari tu saya serahkan je lah pada isteri saya hehehe.
Cukuplah setakat ini untuk posting saya yang pertama. Akhir sekali saya ingin mengucapkan selamat datang.. Masuklah, jangan malu malu..![]()
Recent comments